Biodata Komposer DJ Fuzz, Anak Penyampai Berita Farit Ismeth Emir

By | April 20, 2020

biodata dj fuzz

Kredit gambar: Instagram DJ Fuzz

    

   
A- 
A+

Farzwa De-Attaher Emir Farit atau nama popularnya, DJ Fuzz merupakan seorang komposer, pemuzik dan DJ yg pernah menganggotai kumpulan Teh Tarik Crew.

Bapanya, Farit Ismeth Emir merupakan seorang penyampai berita terkenal yg pernah berkhidmat di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

    

Biodata

  • Nama sebenarnya, Farzwa De-Attaher Emir bin Farit.
  • Menggunakan nama komersial, DJ Fuzz.
  • Kelahiran Hospital Besar Kuala Lumpur, Kuala Lumpur pd 13 Julai 1977. Kini berumur 43 thn.
  • Anak sulung drpd empat orang adik-beradik.
  • Berkelulusan dlm jurusan perakaunan drpd Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
  • Seorang komposer, pemuzik dan DJ yg mula aktif dlm dunia hiburan sejak thn 2000 dgn memperjuangkan genre muzik hip hop dan rap.
  • Album yg pernah dikeluarkannya ialah Mixology pd thn 2005, KO The Mixtape (bersama Malique; 2009), Mixology 3 (2014) dan This is The Mixology Music Vol. 1 (2014).
  • Antara penyanyi yg mendapatkan khidmatnya selaku komposer termasuk Waris, Malique, Mark Adam, Juzzthin, Bibi Qairina dan Wani Kayrie.
  • Berkahwin dgn Nawal Rafeza Zulkifli dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Mahmoud Jordan Emir.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama akaun @officialdjfuzz sehingga kini mencapai hampir 100,000 pengikut.

       

Baca: Biodata Penyampai Berita, Farit Ismeth Emir Yg Meninggal Dunia

     

Fakta Menarik

  • Merupakan pemilik syarikat rakaman muzik, Mixology Music.
  • Pernah menganggotai kumpulan hip hop, Teh Tarik Crew.
  • Anak kepada Farit Ismeth Emir yg merupakan penyampai berita di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan ahli perniagaan. Manakala ibunya, Noor Ashikin Othman merupakan seorang pensyarah universiti dan pakar pemakanan.
  • Bapanya, Farit Ismeth Emir meninggal dunia di Hospital Assunta, Petaling Jaya pd 20 April 2020.
  • Bekas pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Gurney 2, Kuala Lumpur dan Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria.
  • Kerap meraih pencapaian cemerlang di kedudukan nombor satu sewaktu zaman persekolahannya.
  • Bergiat dlm sukan taekwondo dan pernah mewakili sekolah sehingga ke luar negara.
  • Pernah bermain dlm kugiran pancaragam sekolah dan bermain bagpipe yg mana pasukan pancaragam sekolahnya sering diundang utk menjayakan acara perbarisan spt di Dataran Merdeka.
  • Menyara kehidupan sbg seorang penyambut tetamu hotel dan pelayan restoran sewaktu tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pd 1994.
  • Sewaktu memohon ke Playaz Universe iaitu sekolah DJ pertama Malaysia, beliau memulakan langkah awalnya dlm bidang muzik pd 1999 dgn menjadi DJ.
  • Kemudian beliau menyertai Kumpulan Teh Tarik Crew (TTC) yg ditubuhkan pd 1999 yg antara lain dianggotai Mizz Nina, Altimet dan Fiquetional di mana pembabitannya menerusi penerbitan tiga buah album iaitu Are We Rap Stars Now pd 1999, How’s The Level? (2001) dan What’s Next? (2004).
  • Bergerak secara solo selepas TTC berpecah pd 2007.
  • Pernah menubuhkan Mixology Deejay Academy utk mengajar mereka yg berminat menjadi deejay.
  • Menyifatkan dirinya sbg seorang yg gemar membaca, melancong dan mengembangkan ilmu pengetahuan.
  • Meminati muzik, perniagaan serta apa sahaja bidang yg menarik minatnya.
  • Pelbagai pengiktirafan diraih sepanjang pembabitan sbg anak seni termasuk merangkul kemenangan dlm kategori Album Terbaik Hip Hop dan Lagu Terbaik Hip Hop di Anugerah Industri Muzik 2009 menerusi lagu “Cerita Kedai Kopi” kolaborasi bersama Malique.

    

Gambar

dj fuzz

wikipedia dj fuzz

instagram dj fuzz

keluarga dj fuzz

farit ismeth emir 749

anak farit ismeth emir

siapa dj fuzz

keluarga farit ismeth emir

profil dj fuzz

lagu dj fuzz

Kredit gambar: Instagram DJ Fuzz

    

Video

Kredit video: DJ FUZZ – #MuzikDariRumah Showcase

    

Source:

1. Wikipedia DJ Fuzz

2. DJ Fuzz Tanggung Risiko Ambil Empat Artis Baharu

3. Farit Ismeth Emir meninggal dunia