Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Daiyan Trisha

By | April 3, 2020

biodata daiyan trisha

Kredit gambar: Instagram Daiyan Trisha

    

   
A- 
A+

Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin atau nama popularnya, Daiyan Trisha merupakan seorang aktres, penyanyi dan model Malaysia.

Beliau mula dikenali umum menerusi telefilem Dee yg pernah bersiaran di saluran Astro Ceria.

    

Biodata

  • Nama sebenarnya, Daiyan Trisha binti Mohd Nasaruddin.
  • Menggunakan nama komersial, Daiyan Trisha.
  • Kelahiran Bangi, Selangor pd 22 Disember 1993.
  • Anak kepada pasangan Mohd Nasaruddin Mohamed (bapa) dan Samsiah Mohd Nor (ibu).
  • Anak kedua drpd lima orang adik-beradik.
  • Bekas graduan dlm bidang Diploma Perakaunan drpd Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan drpd Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL).
  • Bergiat dlm dunia hiburan sejak thn 2013 sbg seorang pelakon, penyanyi dan model.
  • Antara drama dibintanginya spt Geng Kampung Pisang 2, Dee The Series, Geng UPSR, My Coffee Prince dan Sejuta Rasa Buat Adelia.
  • Termasuk telefilem Dee, Aku Mahu ke New York dan Syawal Mencari Cinta.
  • Penglibatannya di layar lebar menerusi filem Girlfriend Kontrak dan Busker.
  • Lagu-lagu single yg pernah dirakamkannya ialah Kerana Kau, Cinta Suka Sayang Kamu, Jatuh, Kau Tahu, Stargazing, Kita, Boy In My Dream, Kita Manusia, Ingat, Brutal, Langit dan If I.
  • Laman sosial Instagramnya yg menggunakan nama @daiyantrisha sehingga kini mengumpul lebih 1.2 juta pengikut.

    

Fakta Menarik

  • Lebih mesra disapa dgn nama timangannya, ‘Dee’.
  • Anak kepada novelis ternama, Samsiah Mohd Nor (ibu).
  • Membuat kemunculan sulung di layar kaca menerusi telefilem berjudul Dee yg bersiaran di saluran Astro Ceria. Ledakan populariti drama itu membawa kepada kelahiran siri TV dgn judul sama pd thn 2015.
  • Gemar menghabiskan masa lapang dgn melakukan aktiviti senaman serta membaca.
  • Menjadikan penyanyi antarabangsa, Taylor Swift sbg source inspirasi dlm bidang muzik.
  • Pd Oktober 2017, beliau mendedahkan tentang status dirinya yg pernah dilanda kemurungan angkara masalah membabitkan pelajaran, kerjaya, peribadi dan keluarga sehingga ke satu tahap beliau tidak mampu mencari jalan penyelesaian serta hilang tempat mengadu.
  • Pernah terlibat dlm konsert jelajah Asia Tenggara bersama penyanyi kelahiran Amerika Syarikat (AS), Sam Tsui pd hujung 2019.
  • Namanya pernah dicalonkan dlm Anugerah Industri Muzik ke-22, Anugerah Planet Muzik ke-16 dan Festival Filem Malaysia ke-30, namun tidak beroleh rezeki utk meraih sebarang pengiktirafan.

    

Gambar

daiyan trisha

instagram daiyan trisha

wikipedia daiyan trisha

drama daiyan trisha

profil daiyan trisha

lagu daiyan trisha

daiyan trisha family

latar belakang daiyan trisha

filem daiyan trisha

umur daiyan trisha

Kredit gambar: Instagram Daiyan Trisha

     

Video

Kredit video: Daiyan dan Aliff Aziz intim spt potong mangga? | Sejuta Rasa Buat Adelia I Nabil, Nora Danish

    

Source:

1. Daiyan kikis imej keanak-anakan

2. “Saya pernah ‘mental breakdown’ dan ini yg saya buat…” – Daiyan Trisha

3. Daiyan Trisha jelajah Asia Tenggara

4. Wikipedia Daiyan Trisha