Biodata Adi Putra, Pelakon Drama Bicara Cinta

By | April 11, 2020

biodata adi putra

Kredit gambar: Instagram Adi Putra

    

   
A- 
A+

Adi Putra merupakan antara pelakon drama adaptasi novel ‘Bicara Cinta’ karya Missa J yg bakal menghiasi slot Akasia di saluran TV3.

Siri garapan sutradara Along Kamaludin itu turut dijayakan Emma Maembong, Azrel Ismail, Eizlan Yusof, Khalida Balqis, Balkisyh Semundur Khan, Fadilah Mansor dan ramai lg.

    

Biodata

  • Nama sebenarnya, Mohamed Hadi Putera bin Halim. Menggunakan nama komersial, Adi Putra.
  • Kelahiran Singapura pd 26 Februari 1981. Kini berumur 39 thn.
  • Memegang status sbg warganegara Malaysia.
  • Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.
  • Anak bongsu drpd tiga orang adik-beradik.
  • Seorang pelakon, penyanyi dan pengacara yg mula aktif dlm dunia hiburan sejak thn 2002.
  • Antara drama dibintanginya spt Cinta Bollywood 2, Spa Q, Akukah Tanggang, Tentang Dhia, Sehangat Asmara, Cinta Si Wedding Planner dan Bahagia Bukan Bidaan.
  • Termasuk telefilem Juminten, Kehangatan Lantana, Air Mata Salina , Jauh, Serindu Taj Mahal, 3 Hari Menanti Mati dan byk lg.
  • Pembabitannya di layar perak, antaranya menerusi filem 1957: Hati Malaya, Anak Halal, Akhirat, Histeria, KL Gangster, Aku Terima Nikahnya dan Mat Kilau.
  • Juga terlibat dlm bidang teater menerusi pementasan Rubiah, Sri Mersing, Akulah dan Di Bawah Lindungan Ka’bah.
  • Turut melebarkan sayap dlm cabang seni muzik menerusi penghasilan album studio solo perdananya yg berjudul Kelahiran terbitan thn 2008. Antara single dipopularkannya termasuk Tentang Dhia, Tiada Kasih Tiada Cinta dan Dia Untukku.
  • Penyandang gelaran Artis Lelaki Anggun Bergaya di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–25 pd 2011, Anugerah Harapan Seri Temasek di Anugerah Seri Temasek (2012), Anugerah Artis Sensasi di Anugerah Melodi ke–3 (2013) dan Selebriti Lelaki Paling Seksi di Anugerah Stail EH! (2014).
  • Laman sosial Instagramnya yg menggunakan nama @adpadiputra sehingga kini mencatatkan lebih 1.3 juta pengikut.

     

Fakta Menarik

  • Berketinggian 1.72 meter.
  • Juga dikenali sbg Hadi Putera dan Ady Putra.
  • Bekas penuntut Institut Pendidikan Teknikal Singapura dlm bidang Kejuruteraan.
  • Sebelum bergelar selebriti, beliau pernah menyara kehidupan sbg seorang penghantar Pizza Hut, kakitangan kedai serbaneka 7-Eleven dan juruteknik penghawa dingin.
  • Selesai menjalani khidmat negara, pekerjaan sepenuh masanya yg pertama ialah sbg juruteknik pencahayaan utk sebuah produksi siri televisyen Cina MediaCorp.
  • Mula terjun dlm bidang seni di Singapura sbg model, pelakon dan pengacara di MediaCorp Suria.
  • Berpindah ke Malaysia pd 2004 utk melebarkan kerjaya seninya sebelum diterima baik peminat seni hiburan tempatan.
  • Mengumumkan dirinya termasuk isteri dan anak-anak telah menerima status warganegara Malaysia, menerusi laman Instagram pd April 2018.
  • Pd 24 Oktober 2017, beliau menerima anugerah Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yg membawa kepada gelaran Datuk.

    

Perkahwinan

Mendirikan rumah tangga dgn Zuhaida Yusof pd 14 April 2006 sebelum dihadirkan dgn Zara Adelia sbg cahaya mata sulung pd 18 Oktober 2012.

Mereka bagaimanapun memutuskan utk bercerai pd Mac 2017 sebelum kembali bernikah pd Januari 2018.

Selain itu, beliau pernah berkahwin dgn Norshahida Dzolkifly pd 20 Jun 2016, namun berpisah pd Mac 2017.

      

Gambar

adi putra 902

isteri adi putra

pelakon adi putra

instagram adi putra

anak adi putra

adi putra kl gangster

ibu adi putra

drama adi putra

Kredit gambar: Instagram Adi Putra

    

Source:

1. Wikipedia Adi Putra

2. Adi Putra ceraikan kedua-dua isteri?

3. “Sudah Tiba Masa Umumkan Status Warganegara Saya Ialah Malaysia” – Adi Putra