Berangin Dan ‘Fresh’, Ini Resepi Aiskrim Viral Bluemint Dynamite

By | April 3, 2020

Jika anda peminat gula-gula Dynamite, maka anda wajib cuba resepi aiskrim viral ini.

Kalau anda mencari pemanis mulut yg fresh dan berangin, resepi aiskrim ini adalah antara yg wajib anda cuba.

Resepi Aiskrim Blumint Dynamite 1

 

Bahan-bahan:

1 tin susu cair.*
1 tin susu pekat manis.*
4 tin air.*
1/2 sudu kecil garam.*
5 sudu besar tepung ubi (dibancuh terlebih dahulu).
Pewarna makanan biru.
Gula-gula Dynamite secukupnya.

Cara penyediaan:

1. Masukkan bahan yg bertanda * ke dlm periuk, kacau bg sebati.

2. Kemudian didihkan di atas api sederhana sehingga mendidih.

3. Sentiasa kacau supaya tidak berkerak.

4. Dah mendidih, masukkan air tepung ubi dan pewarna biru ke dlm susu tadi.

5. Kacau-kacau supaya sebati dan mendidih sekejap.

6. Tutup api, sejukkan dan tapis ke dlm jug.

7. Masukkan dua biji gula Dynamite yg telah diketuk hancur, ke dlm plastik aiskrim.

8. Tuang susu biru ke dlm plastik, simpul bg kemas siap.

Hasil akhirnya adalah spt di bawah, menarik bukan?

Resepi Aiskrim Blumint Dynamite