Bantuan Prihatin Nasional: Semakan Status BPN Online

By | April 2, 2020

PM baru sahaja mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dlm Pakej Ransangan Ekonomi sebentar tadi.

Bantuan secara one-off ini akan dibayar bermula akhir bln April dan Mei 2020 melibatkan peruntukan hampir RM10 bilion.

Baca juga: Senarai Bantuan COVID-19 Daripada Kerajaan

Penafian: Semakan Online bukanlah media rasmi Kementerian Kewangan. Segala maklumat adalah berdasarkan kenyataan media yg dikeluarkan. Pastikan anda tidak tertipu dgn scammers yg cuba mencuri data anda. Kami hanya menyediakan maklumat terkini Bantuan Prihatin Nasional sbg rujukan anda.

Dapatkan info terkini tentang BPN dgn lebih cepat di Telegram https://t.me/bantuanprihatinnasionalmy (click utk join sekarang!)

Jumlah Bantuan Prihatin Nasional

Terdapat empat kategori penerima iaitu:

  1. Isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah (B40)
  2. Isi rumah berpendatapan RM8,000 ke bawah (M40)
  3. Bujang 21 thn ke atas berpendapatan RM2,000 ke bawah
  4. Bujang 21 thn ke atas berpendapatan RM2,000 ke atas

Berikut adalah kriteria kelayakan spt berikut:

Bantuan RM1,600 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan RM4,000 sebulan ke bawah.

RM1,000 akan dibayar pd April baki RM600 akan dibayar Mei 2020.

Dan buat pertama kalinya Bantuan Prihatian Nasional turut diberikan kepada golongan M40 iaitu sebanyak RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yg berpendapatan lebih RM4,000 sehingga RM8,000 sebulan

RM500 akan dibayar pd April, baki RM500 dibayar Mei.

Individu bujang berusia 21 thn ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan dibantu RM800 di bawah skim ini.

Individu bujang berpendapatan RM2,000 ke atas turut dpt RM500 iaitu RM250 pd April manakala baki pd bln Mei.

Selain itu, para pelajar juga akan dpt bantuan RM200 secara one-off yg akan dibayar pd bln Mei nanti.

Semakan Status BPN

Semakan status BPN blh dibuat di portal rasmi BSH https://bsh.hasil.gov.my

Kemaskini: Portal rasmi BPN kini blh diakses di https://bpn.hasil.gov.my/

Segala maklumat atau pertanyaan lanjut ada di web BSH.

Pastikan anda tidak mengisi apa-apa borang online bg mengelakkan sebarang kecurian data.

Utk panduan menggunakan sistem BPN, anda blh baca manual di sini.

Siapa Yg Layak?

Berikut dikongsikan kategori penerima yg layak bg setiap kategori.

Isi rumah B40

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yg melaporkan maklumat anak pd permohonan BSH 2020; dan
  • Pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah

Bujang B40

  • Bujang atau ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yg tidak melaporkan anak pd permohonan BSH 2020; dan
  • Pendapatan bujang RM2,000 dan ke bawah

Isi rumah M40

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda berdasarkan data percukaian; dan
  • Pendapatan aggregat bulanan adalah RM4,001 sehingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini

Bujang M40

  • Individu berstatus bujang dlm data percukaian; dan
  • Had umur 21 thn ke atas; dan
  • Pendapatan bulanan RM2,001 sehingga RM4,000 berdasarkan BNCP

Kaedah Pembayaran

Berdasarkan kenyataan media Kementerian Kewangan, kaedah pembayaran bergantung kepada kategori penerima.

Kaedah pembayaran bg B40 adalah spt berikut:

  • Ada maklumat akaun — bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau
  • Jika status gagal kredit — bayaran adalah secara tunai di BSN
  • Tiada akaun — bayaran adalah secara tunai di BSN

Kaedah pembayaran M40 pula spt berikut:

  • Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yg dinyatakan di dlm BNCP terkini
  • Bayarana akan dikreditkan ke akaun ketua isi rumah
  • Jika taksiran bersama telah dipilih, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yg ditaksir

Cara Mohon BPN 2020

Kementerian Kewangan melalui posting rasmi di Facebook mereka memaklumkan permohonan baru blh dibuat bermula 1 April menerusi laman web rasmi LHDN.

Berdasarkan satu temu bual ekslusif bersama Menteri Kewangan, beliau memaklumkan Kerajaan mempunyai database B40 dan M40 yg layak.

Kerajaan akan kreditkan wang BPN terus ke akaun masing-masing pd tarikh yg ditetapkan nanti.

Notis rasmi telah dikeluarkan di portal rasmi BSH mengatakan kaedah pelaksanaan spt Permohonan, Pembayaran dan Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional akan dimaklumkan dlm masa terdekat sama ada melalui portal Kementerian Kewangan atau portal rasmi BSH.

semakan bantuan prihatin nasional

Pakej Rangsangan Ekonomi

Turut diumumkan penangguhan PTPTN dr 3 bln kepada 6 bln.

Selain itu, mySalam turut menyediakan bantuan RM50 sehari kepada B40 yg dimasukkan ke hospital akibat COVID-19.

Penjawat awam dan pesara kerajaan turut diberikan bantuan RM500 pd April nanti.

Tarikh pembayaran setiap bantuan ini akan diumumkan nanti.

Berita lanjut menyusul…