Bantuan Khas Penjawat Awam RM500 Dibayar 23 April 2020

By | April 21, 2020

Berikut adalah maklumat terkini pemberian bantuan khas penjawat awam sebanyak RM500 yg akan mula dibayar 23 April ini.

Bantuan ini diumumkan YB Perdana Menteri pd sidang Pakej Rangsangan Ekonomi Rakyat Prihatin bersama-sama pengumuman BPN.

Bantuan ini hanya utk penjawat awam Gred 56 dan ke bawah dan turut dipanjangkan kepada pesara Kerajaan yg memilih skim pencen sebanyak RM500.00.

Pegawai Layak

Berikut adalah senarai pegawai yg layak menerima bantuan ini:

  1. Pegawai lantikan tetap, sementara dan contract of service1;
  2. Pegawai yg bercuti bergaji penuh;
  3. Pegawai yg bercuti separuh gaji;
  4. Pegawai yg bercuti tanpa gaji; dan
  5. Pegawai yg dipinjamkan termasuk ke agensi yg diasingkan pengurusan saraannya. Bantuan Khas Kewangan ini akan dibayar oleh agensi yg menerima peminjaman pegawai.

Selain itu, guru interim turut layak menerima bantuan khas kali ini.

Bantuan ini turut dipanjangkan kepada:

  • Pemandu yg dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yg layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya; dan
  • Pemandu yg dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 dan Akta Saraan Hakim 1971.

Bg pegawai di bawah contract for service, surat edaran berasingan akan dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.

Pekerja sambilan harian juga layak menerima bantuan ini dgn syarat tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.

Pegawai Tidak Layak

Melalui rujukan pekeliling rasmi dr JPA, antara pegawai yg tidak layak menerima bantuan ini termasuklah:

  • Pegawai dlm Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yg memangku, dipinjam/ tukar sementara dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama/ Gred Khas;
  • Pegawai yg dikenakan hukuman tatatertib dlm tempoh 1 Januari 2020 sehingga 23 April 2020;
  • Pegawai yg ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dlm tempoh 1 Januari 2020 sehingga 23 April 2020; dan
  • Pegawai yg meletak jawatan dlm tempoh 1 Januari 2020 sehingga 23 April 2020.

Pegawai Yg Ditangguhkan Bantuan Khas Penjawat Awam

Pegawai yg ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib ditangguhkan Bantuan Khas Kewangan Thn 2020 ini.

Pegawai hanya layak diberi Bantuan Khas Kewangan Thn 2020 sekiranya Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati pegawai tersebut tidak bersalah.

Pesara Kerajaan

Pesara yg memilih skim pencen akan dibayar RM500 oleh JPA.

Manakala pesara yg dilantik semula secara contract of service dan masih berkhidmat pd 23 April 2020 layak diberi Bantuan Khas Kewangan Thn 2020 sebanyak RM500.00.

Pembayaran sebanyak RM250.00 akan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan bakinya sebanyak RM250.00 akan dibayar oleh jabatan di mana pegawai sedang berkhidmat.