10 Hero Kegilaan Malaya. Artis lelaki terkenal Dahulu VS Sekarang

By | April 3, 2020

Dulu, semasa era 80-an dan 90-an, aktor-aktor inilah yg menjadi kegilaan para wanita. Masa tu Fattah Amin pun belum lahir kot. 

Kini kebanyakan selebriti ini sudah menjangkau usia 50 thn tapi ada yg masih segak bergaya dan masih aktif jadi hero filem/drama. Ada juga yg sudah meninggalkan dunia lakonan. Siapakah mereka? Jom kita lihat.

   
A- 
A+

#1 Azhar Sulaiman

azhar sulaiman ketika remaja

Mula menceburkan diri dlm bidang lakonan sejak thn 1989, Azhar Sulaiman terkenal kerana wajah ‘babyface’nya serta senyuman yg menawan. Azhar juga dikenali kerana kebolehannya bertutur bahasa Inggeris dgn lancar, mempunyai pendidikan tinggi dlm bidang senibina dan merupakan seorang arkitek bertauliah.

Namanya sering meniti bibir peminat sejak beraksi di layar perak dlm filem Mira Edora pd thn 1990. Pd thn 1993, Azhar menjadi watak utama dlm filem Abang 92 yg meletup di pawagam dan beliau terus semakin laris memenuhi permintaan pengarah drama dan filem tanah air ketika itu.

azhar sulaiman terkini

Azhar masih aktif dlm lakonan dan pengacaraan sehingga ke hari ini.

#2 Datuk Yusof Haslam

Mohd Yusof bin Md. Haslam Khan merupakan seorang pengarah filem terkenal di Malaysia. Sebut sahaja Datuk Yusof Haslam, semua orang kenal dan tahu nama filem yg beliau pernah hasilkan. 

yusof haslam beraksi dlm bukit kepong

Sebelum menjadi pengarah, beliau merupakan salah seorang hero kegemaran rakyat Malaysia sejak thn 70-an lg. Lakonan mantapnya bersama Datuk Jins Shamsuddin dlm filem Bukit Kepong berjaya menjadi sebutan ramai sehingga ke hari ini.

yusof haslam terkini 702

Kini Datuk Yusof Haslam lebih byk bekerja di belakang tabir dan memperkembangkan perniagaannya dlm pelbagai bidang.

#3 Dato’ Awie

awie lagenda rock bersama amy search

Dato’ Awie memulakan kerjayanya sbg seorang vokalis bg kumpulan rock terkemuka tanah air, Wings. Beliau kemudian melebarkan sayap ke bidang lakonan melalui filem Pemburu Bayang pd thn 1993. Filem yg menggandingkannya dgn ratu rock Malaysia, Ella berjaya memecahkan panggung dan dr situ Awie terus mengorak langkah dlm perfileman.

awie terkini semasa majlis perkahwinan bersama isteri yg ke 3

Walaupun sering dilanda kontroversi dan gosip, namun Dato’ Awie tidak patah semangat dan masih aktif berlakon drama, filem dan teater sehingga ke hari ini. Filem terakhirnya adalah Upin Ipin Jeng Jeng Jeng pd thn lps.

#4 Eman Manan

eman manan menang anugerah pelakon lelaki terbaik filem bintang malam

Eman Manan telah beberapa kali memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia sepanjang penglibatannya dlm dunia seni. Eman Manan atau nama sebenarnya Abdul Manan bin Embong mula berjinak-jinak dlm lakonan pd thn 1980-an. Namanya mula diangkat setelah memegang watak utama menerusi filem Matinya Seorang Patriot semasa bergandingan dgn Noor Kumalasari.

eman manan terkini

Sehingga ke hari ini, Eman Manan masih lg bergiat aktif dgn membintangi drama serta telefilem tempatan.

#5 Azmil Mustapha

Siapa tak tahu filem Ali Setan thn 1985? Sampai sekarang blh gelak mengekek kalau tengok cerita tu. Watak hero dlm filem itu, Azmil Mustapha merupakan seorang graduan dlm bidang perfileman dr Universiti Indiana, Amerika Syarikat pd thn 1979. Maka tak hairanlah beliau mampu menjiwai watak-watak yg diberikan dgn baik.

azmil mustapha ali setan

Pd thn 2005, Azmil telah mengambil keputusan utk berhenti berlakon dan meneruskan kerjaya sbg penceramah bebas lantaran penghijrahan dirinya. Kini beliau lebih selesa dgn penampilan ringkas berserban dan memakai jubah putih.

azmil mustapha terkini

#6 Faizal Hussein

Pelakon kacak dan tinggi lampai yg dilahirkan pd 31 Mei 1967 ini merupakan anak kepada pasangan pelakon Hussein Abu Hasan dan Mahyon Ismail.

faizal hussein dlm gila gila remaja

Filem yg melonjakkan namanya adalah Gila-Gila Remaja pd thn 1985 yg merupakan hasil arahan ayahnya sendiri dan dlm filem itu Faizal bergandingan bahu bersama sepupunya, Rosyam Nor. Kejayaan filem itu telah meletakkan Faizal Hussein sebaris dgn pelakon-pelakon hebat yg lain. Filem lakonon Faizal spt Bayangan Maut, XX Ray, Leftenan Adnan semuanya pecah panggung.

faizal hussein terkini

Sehingga ke hari ini, walaupun sudah berusia 50 thn, Faizal masih lg menerima watak-watak hero utk filem, telemovie dan drama justeru membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang utk terus kekal dlm industri.

#7 Sidi Oraza

Pelakon yg berasal dr Pulau Pinang ini dikatakan agak selektif dlm memilih karya lakonan beliau. Syed Osman bin Syed Rastan, atau lebih dikenali sbg Sidi Oraza walau bagaimanapun berjaya menempa nama dlm dunia anak seni apabila beliau dinobatkan dua kali sbg Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia menerusi filem Sayang Salmah dan Layar Lara.

sidi oraza dahulu rupanya takut dgn perempuan

Pd awal thn 2000, Sidi Oraza telah membuat keputusan utk tidak meneruskan kerjayanya sbg seorang pelakon atas faktor kesihatan. Beliau kemudian memberikan sepenuh perhatian kepada perniagaan yg dibangunkan bersama abangnya yg berkonsepkan pertanian dan perladangan.

sidi oraza terkini

Kini, Datuk Syed Osman merupakan seorang usahawan berjaya yg byk membantu peniaga dan petani kecil sehingga berjaya menerima Anugerah Keusahawanan-Bio Terbaik pd 2015.

#8 Edika Yusof

Edika Yusof dikatakan aktor yg paling kacak pd zaman 90-an dahulu. Model tinggi lampai dan berdarah kacukan Pakistan ini mencipta nama melalui filem Pelumba Malam dan Maria Mariana.

edika yusof dahulu

Edika Yusof meninggalkan dunia seni kerana perlu memikul tanggungjawab menjaga isterinya yg lumpuh sejak 13 thn lalu. Beliau kini tampil dgn imej berambut botak kerana menunaikan nazar utk tidak berambut selagi isterinya belum pulih.

edika yusof terkini

Setelah hampir 20 thn tidak beraksi di hadapan kamera, Edika akhirnya telah menerima tawaran drpd Datuk Shah Rezza utk membintangi sebuah filem yg ditayangkan di saluran Astro First berjudul Permata Hati.

#9 Rosyam Nor

rosyam nor semasa muda 898

Rosyam Nor mula dikenali setelah debut filem pertamanya, Gila-gila Remaja pd thn 1985 di mana beliau berlakon bersama-sama sepupunya, Faizal Hussein. Namun, kejayaan box office Rosyam hanya datang hampir 10 thn kemudian dgn filem Suami, Isteri dan …

Rosyam terkenal dgn kebolehan lakonannya yg versatil dan telah merangkul byk anugerah sepanjang penglibatannya dlm bidang seni.

rosyam nor terkini

Kini, Rosyam lebih byk mengarah dan menerbitkan filem. Beliau juga yg tidak lokek ilmu telah byk membantu pelakon-pelakon baru menempa nama dlm industri sehingga terkenal.

#10 Badrul Muhayat

badrul muhayat hero remaja

Badrul mula berlakon dgn filem Riang Tirana pd thn 1990. Namun, cerita yg membuatkan namanya melonjak naik adalah filem Harry Boy di mana dia bergandingan dgn Sofea Jane, seorang aktres wanita terkenal ketika itu.

Badrul masih aktif berlakon sehingga ke hari ini.

badrul muhayat terkini